Wednesday, July 8, 2009

Aduhai Pengemis.....


Semalam aku pi pasar malam, hajat hati nak jalan-jalan sambil nak cari tudung yang "sesuai" ngan baju kuirung aku. Kira duit dah aku sedia keluarkan lah. Then dalam pada aku jalan-jalan di sesak orang ramai tu, mata aku tertangkap pada dua wajah "Myanmar" aku rasa tu. Si ibu duduk mengemis sambil anak tidur dalam pangkuan. Usianya adalah dalam setahun setengah.

Aduh...... Terhiris rasanya hati ni bila aku lihatkan nasib mereka. Mereka tak berduit, dan yg paling aku sedih bila aku lihat anak dalam pangkuan tu. Anak kecil tak berdosa. mereka hanya tahu makan bila lapar, dipeluk bila sejuk, dan segalanya minta dilindungi..... Aku tak mahu terus menahan sebak ku, tapi dalam hati kecil ku berkata, ibunya masih sihat. Wajib baginya bekerja bagi menampung hidup untuk mencari makan, paling penting untuk anak kecilnya itu. Entah hari itu si kecil sudah menjamah makanan atau belum. Aku seperti menghukum wanita itu kerana hanya tahu mengemis tak mahu bekerja. Betul kah telahan ku itu? Entahlah... aku juga terfikir entah kan ada "ejen" yg menghantar mereka ke situ, dan "habuannya" akan mereka ambil nanti. Aku lantas meneruskan kaki ku melangkah, sambil hati ku masih lagi pilu.....

Dalam perjalanan pulang aku melintasi lagi perempuan dan anak kecil itu, si anak sudah bangun dan si ibu menyuapkan hanya air kosong kepada nya...... Si anak hanya patuh minum..... Ya Allah, aku terlalu terharu sambil mengenangkan anak-anak ku di rumah. Adakah anak-anak ku sudah makan dan minum??????

Ya Allah..... terharunya aku melihat nasib si anak pengemis...............

Monday, July 6, 2009

Siapa nak beli bunga ONLINE??

Silalah layari:

BLOOM.COM.MY

BUNGA ROS


Sejambak bunga ros yang begitu memukau,
warna merahnya cukup mempersonakan sesiapa saja yg melihatnya,
hati bagai puas menatap keindahan ciptaan Tuhan....

WANITA DAN BUNGA

Aku cukup minat kat bunga, tak kiralah jenis dan warna apa.  Ada siapa-siapa yg sama minat ngan aku?  Bolehlah kongsi idea dan cerita.

Bagi aku wanita tak boleh dipisahkan dengan bunga.  Kalaulah ada orang bagi kita bunga, mesti kita happy gilerrrr kan?  

Ada siapa-siapa ada sajak pasal bunga boleh share idea???